PUTRAJAYA 29 Jan.- Penjawat awam adalah golongan berisiko tinggi terlibat dalam gejala rasuah apabila 40 peratus pesalah rasuah yang ditahan sepanjang 2011 hingga 2015 terdiri dalam kalangan kumpulan itu. Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr. Ismail Bakar berkata, ia khususnya bagi mereka yang terlibat dalam pelaksanaan dan perolehan kerajaan. Katanya lagi, kajian Persepsi Integriti Nasional pula mendedahkan kakitangan kerajaan juga kurang kefahaman mengenai rasuah khususnya berkaitan 10 kesalahan seperti terkandung…










