Pengetua didakwa laku amang seksual terhadap empat pelajar lelaki - Utusan Malaysia

Pengetua didakwa laku amang seksual terhadap empat pelajar lelaki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH 29 Jan.  – Seorang pengetua sekolah menengah di sini mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan melakukan amang seksual terhadap pelajarnya tahun lalu.

Tertuduh, Zainuren Mohamed, 55, membuat pengakuan itu di Mahkamah Sesyen Butterworth di sini pagi ini selepas kesemua pertuduhan itu dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Noor Aini Yusof dan Hakim Norhayati Mohamad Yunus.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap empat pelajar lelaki masing-masing berusia 11, 13 dan 14 tahun.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu antaranya di bilik khas pengetua dan asrama di sebuah sekolah model khas di Butterworth di sini.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu antaranya sekitar 6 April dan 10 Oktober 2018 pada pukul 4 petang hingga 11.40 malam.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan sebatan.

Kes itu dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Haresh Prakash Somiah dan Kamaliza Md. Zain manakala tertuduh diwakili peguam E. Gnasegaran.

Dalam pada itu, mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin yang keseluruhannya berjumlah RM54,000 dengan seorang penjamin.

Mahkamah turut menetapkan  itu 25 Februari ini sebagai sebutan semula kes sementara menunggu serahan dokumen dan pengurusan kes.

Pengetua berkenaan yang ketika ini dipindahkan ke jabatan lain bagaimanapun dibebaskan selepas membayar wang jaminan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN