Pengedar dadah bolos pusat tahanan - Utusan Malaysia

Pengedar dadah bolos pusat tahanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MATARAM 21 Jan. – Seorang pengedar dadah warga Perancis dilaporkan bolos dari pusat tahanan polis di Lombok selepas menggergaji jeriji pada tingkap di tingkat dua pusat tahanan itu dan keluar secara teknik rappelling menggunakan kain sarung, jelas polis hari ini.

Suspek, Felix Dorfin, 35, berjaya melarikan diri petang semalam di pusat tahanan tersebut, di mana lelaki itu sedang menunggu perbicaraan bagi kes yang berdepan hukuman mati.

“Dia melarikan diri melalui tingkap di tingkat dua di pusat tahanan, menggunakan sarung dan langsir yang diikat bersama, dia turun dan kemudian melarikan diri,” kata jurucakap polis Nusa Tenggara Barat, I Komang Suartana.

Polis percaya Dorfin masih di Lombok dan telah mengerahkan pasukan keselamatan untuk mengesannya.

Dia ditahan pada September tahun lalu selepas membawa beg pakaian palsu yang padat dengan empat kilogram dadah termasuk kokain, ekstasi dan amphetamine di lapangan terbang. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×