Penduduk Seksyen 7 gesa kerajaan kaji semula jajaran laluan LRT 3 - Utusan Malaysia

Penduduk Seksyen 7 gesa kerajaan kaji semula jajaran laluan LRT 3

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Penduduk di kejiranan Seksyen 7 di sini menggesa kerajaan mengkaji semula jajaran laluan projek Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) yang melalui kawasan itu kerana mendakwa ia mengganggu ketenteraman dan keselamatan mereka.

Anggota Jawatankuasa Persatuan Penduduk Jalan Plumbum 101/103, Abdul Rahim Dawood berkata, gesaan itu juga dibuat berikutan pelan pembinaan jajaran berkenaan bakal ‘memusnahkan’ dua taman permainan kanak-kanak sedia ada yang sering menjadi tumpuan golongan muda beriadah.

Katanya, pelan jajaran laluan itu menunjukkan ia akan dibina terlalu hampir dengan rumah penduduk dan dilihat amat tidak wajar kerana boleh menyebabkan kesesakan trafik dan mengganggu keselesaan mereka yang rata-rata telah mendiami kawasan itu lebih 10 tahun.

“Kami tidak menolak pembangunan lebih-lebih lagi kemudahan pengangkutan awam seperti ini namun kenapa jajaran LRT3 ini mesti dibina terlalu hampir dengan kediaman kami? Buatlah cara lain, pindahkan jajaran ke laluan lain dan bukan di kawasan depan rumah rakyat.

“Tapak taman permainan itu juga akan diambil untuk projek berkenaan dan ditutup semasa projek itu dibangunkan. Jika ia dibuka semula sekalipun, tidakkah kita bimbang untuk biarkan anak-anak bermain apabila laluan LRT3 dibina tinggi di atasnya?”, katanya kepada pemberita selepas sesi dialog bersama pemaju projek LRT3, MRCB George Kent Sdn. Bhd., di sini hari ini. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN