Pencuri syiling emas terbesar didakwa - Utusan Malaysia

Pencuri syiling emas terbesar didakwa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BERLIN 11 Jan. – Sebanyak empat lelaki termasuk seorang pengawal keselamatan muzium didakwa atas pertuduhan mencuri syiling emas seberat 100 kilogram di Muzium Bode di sini, semalam.

Indentiti mereka ba­gaimanapun tidak didedahkan namun tiga daripada empat tertuduh dipercayai berkaitan dan berumur bawah 21 tahun ketika jenayah tersebut dilakukan, Mac tahun lalu

Pihak berkuasa Jerman percaya, syiling emas Big Map­le Leaf Kanada yang pernah diiktiraf sebagai terbesar di dunia itu telah dileburkan.

Pendakwa raya berkata, tiga daripada tertuduh masuk ke dalam muzium itu melalui tingkap dengan menggunakan tangga, kereta sorong dan tali untuk mengeluarkan duit syiling tersebut daripada cermin pameran kalis peluru berkenaan.

Tertuduh keempat yang merupakan pengawal ke­selamatan di muzium itu dituduh membantu mereka.

Kesemua mereka yang di­dakwa dengan kecurian serius dilaporkan berdepan hukuman penjara tiga tahun, 10 bulan atas kesalahan itu.

Duit syiling berdiameter lebih setengah meter dan ketebalan tiga sentimeter itu diperbuat daripada emas tulen dan hanya enam sahaja yang dihasilkan Royal Canadian Mint pada 2007.

Syiling yang dipinjamkan ke muzium persendirian itu mempunyai nilai sebanyak AS$1 juta (RM4.1 juta) namun dianggarkan bernilai empat kali ganda dari itu. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN