96,013 orang pelajar Tingkatan 6 terima BAP sebanyak RM14.4 juta

96,013 orang pelajar Tingkatan 6 terima BAP sebanyak RM14.4 juta

gambar hiasan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Sebanyak 96,013 pelajar Tingkatan 6 di seluruh negara menerima Bantuan Awal Persekolahan (BAP) bernilai RM14.4 juta, seterusnya mencerminkan komitmen kerajaan dalam mengurangkan beban kewangan kumpulan itu.

Kementerian Pendidikan (KPM) berkata, pemberian bantuan itu turut melibatkan pelajar Tingkatan 6 yang baru mendaftar pada 8 Jun lalu selaras kelulusan peluasan pemberian BAP kepada murid Tingkatan 6 pada tahun 2025.

“Pada tahun ini, seramai 52,810 orang murid Tingkatan 6 baharu di 616 buah Pusat Tingkatan Enam (PTE) di seluruh negara akan menerima BAP sebanyak RM150 bagi seorang murid.

“Secara keseluruhan, seramai 96,013 orang murid Tingkatan 6 termasuk murid baharu dan sedia ada telah dan akan menerima BAP dengan jumlah peruntukan sebanyak RM14.4 juta,” katany dalam kenyataan.

Agihan BAP kepada murid Tingkatan 6 baharu dilaksanakan oleh PTE bermula daripada 28 Jun sehingga 27 Julai depan.

KPM berkata, peluasan pemberian BAP kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada tahun lalu adalah cerminan keprihatinan kerajaan untuk meringankan beban kewangan ibu bapa dan penjaga dalam melakukan persediaan keperluan persekolahan.

“Inisiatif ini juga membuktikan komitmen jitu kerajaan untuk terus memperkasakan pendidikan Tingkatan 6,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN