Pemuda MIC minta pencalonan Manogaran dibatalkan - Utusan Malaysia

Pemuda MIC minta pencalonan Manogaran dibatalkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CAMERON HIGHLANDS 13 Jan. – Pemuda MIC meminta pencalonan M. Manogaran dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands dibatalkan setelah calon Pakatan Harapan (PH) itu dilihat berada dalam program yang menunjukkan seorang wanita dikatakan memberi rasuah wang kepada beberapa pemuda yang tular dalam media sosial hari ini.

Ketuanya, R. Thinalan berkata, berdasarkan gambar yang tular di laman sosial itu adalah jelas PH memberi rasuah kepada pengundi dalam kempen PRK Cameron Highlands.


Menurutnya, perbuatan itu merupakan satu tindakan yang salah di sisi undang-undang apatah lagi calon-calon yang bertanding dalam PRK Parlimen Cameron Highlands telah menandatangani petisyen PRK yang bersih, adil dan telus tanpa apa-apa rasuah dalam kempen mereka.


“Kami mahu polis, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membatalkan pencalonan Manogaran setelah gambar menunjukkan beliau hadir dalam satu program yang mana seorang wanita yang memakai baju PH telah memberikan wang kepada beberapa pemuda Orang Asli.


“Ini jelas menunjukkan jentera kempen PH telah memberi rasuah. Dalam gambar yang tular di laman sosial juga menunjukkan Manogaran dan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo turut hadir dalam program tersebut,” katanya.


Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas membuat laporan polis mengenai gambar wanita tersebut yang tular di laman sosial di Balai Polis Tanah Rata di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×