Pemilik taska bolot parkir - Utusan Malaysia

Pemilik taska bolot parkir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,
ISU
berebut tempat letak kenderaan di kawasan perumahan bukan isu baharu malah tidak pernah berkesudahan apabila tiada lagi sikap toleransi antara satu sama lain.

Di taman perumahan saya di Taman Puncak Jalil 9/17, Seri Kembangan, Selangor, sebuah taska membuat undang-undang sendiri dengan meletakkan kon-kon bagi menghalang penduduk meletakkan kende-raan di situ.

Bahkan pemilik taska berkenaan berkali-kali memberi amaran kepada penduduk supaya mengosongkan kawasan tersebut seolah-olah tanah awam ini milik mereka.

Pelbagai alasan digunakan untuk membenarkan tindakan mereka termasuk mengatakan kawasan itu digunakan untuk kenderaan kakitangan dan menjadi laluan ibu bapa yang menghantar dan mengambil anak-anak mereka.

Namun bagi penduduk pula, ruang yang boleh memuatkan kira-kira empat buah kenderaan itu tidak pernah mencetuskan ‘perebutan’ cu­ma hanya digunakan selepas waktu pejabat.

Namun tindakan pihak taska berkenaan yang seolah-olah berkuasa penuh di tanah sekangkang kera itu agak ke­terlaluan.

Saya pernah menghubungi pihak Majlis Perbandaran Su-bang Jaya dan mereka berkata akan mengambil tindakan jika aduan dibuat namun saya tidak mahu memperbesarkan perkara ini kerana memikirkan hidup berjiran.

Saya harap pemilik taska tidak terlalu mementingkan diri dan bersikap lebih bertolak ansur.

TAMAN PUNCAK JALIL 9/17,

Seri Kembangan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN