KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan nafi mengenakan caj sehingga RM100 bagi pemeriksaan kesihatan pelajar untuk kemasukan ke sekolah milik kerajaan seperti yang ditularkan di media sosial. Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Seri Dr. Chen Chaw Min berkata, semua sekolah milik kerajaan termasuk Sekolah Asrama Penuh hanya dikenakan caj sebanyak RM1. Ketika dihubungi Bernama hari ini, Dr. Chen menjelaskan caj pemeriksaan kesihatan sebanyak RM100 hanya dikenakan untuk pelajar sekolah swasta yang merangkumi…










