Pembantu antidadah dijel 4 tahun, denda RM55,000 - Utusan Malaysia

Pembantu antidadah dijel 4 tahun, denda RM55,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 13 Jan. – Seorang pembantu antidadah, Agensi AntiDadah Kebangsaan (AADK) dipenjara empat tahun dan denda RM55,000 selepas mengaku salah di Mahkamah Sesyen di sini sebentar tadi atas empat pertuduhan bersuhabat dengan seorang ahli perniagaan bagi membuat tuntutan palsu berjumlah RM8,000, empat tahun lalu.

Hakim Kamarudin Kamsun turut memerintahkan tertuduh, Mohd. Fatyhah Putera Hamzah, 38, dipenjara 24 bulan jika dia gagal membayar denda tersebut selepas mengaku atas kesemua pertuduhan tersebut.

Mengikut kertas pertuduhan pertama, kedua dan keempat, Mohd. Fatyhah yang bertugas di AADK Segamat didakwa bersubahat dengan pemilik syarikat swasta, Noor Azam Khalid, 38, memberikan dokumen mengandungi butiran matan palsu bertarikh 11, 15 Februari serta 10 Mac 2015.

Dia dituduh mengemukakan dokumen invois tuntutan Program Keluarga Prihatin Ambil Kisah Ambil Tindakan, Program Riadah Badminton 2015 Skuad 1 Malaysia dan Program Mahabah 2015 masing-masing berjumlah RM1,000 antara 21 Februari hingga 13 Mac 2015 sedangkan program itu tidak dilaksanakan.

Bagi pertuduhan ketiga, lelaki berkenaan didakwa melakukan perbuatan sama pada 27 Februari 2015 dengan mengemukakan dokumen tuntutan palsu Program Keluarga Sukses, Matang, Aktif, Rasional dan tanggungjawab (SMART) Siri 1/2015 (Kem Smart 2015) berjumlah RM5,000 antara 9 hingga 11 April 2015.

Kesemua kesalahan itu dituduh dilakukan Mohd. Fatyhah di Pejabat AADK Daerah Segamat dekat sini.- UTUSAN ONLIE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN