Pemasyhuran sebagai Sultan Pahang letakkan Tengku Abdullah sebagai calon Agong - Utusan Malaysia

Pemasyhuran sebagai Sultan Pahang letakkan Tengku Abdullah sebagai calon Agong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PEKAN – Pemasyhuran Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah sebagai Sultan Pahang keenam pada 15 Januari ini membuka laluan untuk baginda dinamakan sebagai Yang di-Pertuan Agong (YDPA) Ke-16.

Ketua Penyelidik Pejabat Naib Canselor Universiti Malaysia Pahang (UMP) yang juga pengkaji institusi monarki, Wan Nazrul Helmy Wan Mohd Zain berkata, biarpun kekananan seorang Raja ditentukan berdasarkan tarikh baginda menaiki takhta di negeri masing-masing, namun tidak mustahil bagi Tengku Abdullah dipilih Majlis Raja-Raja sebagai YDPA yang baharu.

Majlis pemasyhuran Tengku Abdullah sebagai Sultan Pahang yang baharu akan berlangsung pada 15 Januari ini di Istana Abu Bakar, Pekan.

Manakala, Majlis Khas Majlis Raja-Raja bagi tujuan memilih YDPA ke-16 dan timbalannya akan diadakan pada 24 Januari ini di Istana Negara.

Bercakap kepada Bernama, Wan Nazrul Helmy berkata, perkara itu berdasarkan kecenderungan majlis itu mengikut konvensyen penggiliran senarai sembilan negeri beraja dan bukannya kekananan takhta dalam pemilihan YDPA setelah pusingan pertama sistem itu berakhir pada 1994. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN