TOKYO 17 Jan. – Sangat jarang kita lihat wanita membuat kerja-kerja berat yang sinonim dengan lelaki. Apatah lagi kerjaya sebagai pemandu trak yang selalu dikaitkan dengan kerja lasak dan tidak sesuai dengan keperibadian seorang wanita yang disifatkan lembut. Namun lain pula bagi gadis kelahiran Kochi Prefecture, Rino Sasaki yang menceburi bidang ini sejak tujuh tahun lalu. Portal Oddity Central melaporkan, Rino, 28, yang ‘dinobatkan’ sebagai pemandu trak tercantik di Jepun…










