Pemandu lori tampar doktor ditahan polis - Utusan Malaysia

Pemandu lori tampar doktor ditahan polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN – Seorang pemandu lori ditahan polis selepas bertindak menampar pipi seorang doktor lelaki di Unit Kecemasan, Hospital Pulau Pinang di sini awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Che Zaimani Che Awang berkata, suspek berusia 38 tahun itu ditahan kira-kira pukul 2.20 pagi selepas bertindak demikian ke atas doktor berusia 29 tahun itu kira-kira pukul 1 pagi.

“Dia dikatakan telah menampar pipi doktor tersebut kerana enggan memberikan cuti sakit kepada isteri suspek.

“Dia yang mempunyai dua rekod lampau pada 2013 itu ditahan apabila ujian urin mendapati dia positif dadah sejurus laporan dibuat oleh mangsa,” katanya dalam kenyataan sebentar tadi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN