Pemain remaja Perancis, Todibo sertai Barcelona - Utusan Malaysia

Pemain remaja Perancis, Todibo sertai Barcelona

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BARCELONA 9 Jan. – Barcelona akan menandatangani pemain pertahanan Perancis, Jean-Clair Todibo melalui perpindahan secara percuma dari kelab Paris Saint-Germain (PSG), kata pasukan gergasi Sepanyol itu dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, hari ini.

Pemain remaja berusia 19 tahun itu yang memiliki gaya permainan seakan seperti bintang Brazil, Thiago Silva akan menyertai Barcelona, 1 Julai ini.

Dia membuat penampilan pertamanya bersama PSG, Ogos lalu dan telah beraksi sebanyak 10 kali dalam saingan Liga 1, musim ini.

Todibo juga pernah bermain bersama skuad remaja Perancis Bawah-20 tahun sebanyak dua kali.

“Barcelona telah mencapai persetujuan bagi mendapatkan Todibo dan dia bakal menyertai kelab pada 1 Julai 2019. Kontrak pemain itu bersama skuad Toulouse akan berakhir pada 30 Jun ini, maka, dia akan menyertai pasukan kami menerusi perpindahan secara percuma.

“Dia akan menyertai Barcelona sebagai salah seorang pemain harapan di Eropah dalam posisinya,” kata kenyataan rasmi Barcelona.

Todibo akan menyertai rakan sepasukan Perancis, Samuel Umtiti dan Clement Lenglet di Barcelona. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN