Pemain Chelsea tidak ada motivasi - Sarri - Utusan Malaysia

Pemain Chelsea tidak ada motivasi – Sarri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 20 Jan. – Maurizio Sarri geram dengan sikap pemain Chelsea selepas tewas 0-2 kepada Arsenal malam tadi kerana katanya mereka sangat susah untuk dimotivasi dan tidak ada daya juang dalam permainan mereka.

Untuk kali pertama sejak mengambil alih pengurusan di Stamford Bridge enam bulan lalu, Sarri berleter meluahkan kemarahan itu dalam bahasa ibundanya dan menggunakan penterjemah untuk menyatakan kekecewaannya itu.

Kekalahan itu merapatkan jurang antara Chelsea di tempat keempat dengan Arsenal dan Manchester United di tangga kelima dan keenam hanya kepada tiga mata.

“Saya terpaksa bercakap yang saya sangat marah, sangat-sangat marah. Kekalahan ini lebih disebabkan mentaliti kami daripada perkara lain.

“Kami bermain dengan pasukan yang mentalnya lebih jelas daripada kami. Ini sesuatu yang saya tidak boleh terima. Kami ada isu yang sama ketika bertemu Tottenham.

“Kami bercakap panjang tentang kekalahan (13 kepada Spurs), saya ingat kami sudah dapat atasi isu ini,” kata Sarri.

Sepanjang perlawanan malam tadi Chelseaa tida ada satu pun cubaan ke sasaran sehingga minit 82 melalui Marcos Alonso.

Sarri berkata, para pemainnya masih kurang motivasi atau memiliki mentaliti yang solid dan menyakinkan.

“Jadi, saya tidak gembira, saya sangat tidak gembira. Saya lebih suka berada di bilik persalinan, bercakap tentang kekalahan ini kepada pemain daripada aspek tektikal.

“Tetapi kenyataannya kumpulan pemain ini sangat susah untuk dimotivasi. Apabila anda melihat permainan seperti ini, apabila satu pasukan lebih menyakinkan daripada yang satu lagi, baru boleh bercakap tentang taktik,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN