SAUDARA PENGARANG,BARU-BARU ini beberapa akhbar mendedahkan mengenai pencerobohan kawasan hutan bakau di Batu Maung, Pulau Pinang, yang dilakukan pihak tidak bertanggungjawab. Ekoran pendedahan itu, kerajaan negeri telah mengheret pihak berkenaan ke mahkamah di bawah Akta Jalan, Parit dan Bangunan yang mengenakan hukuman denda maksimum RM50,000. Nampaknya, kerajaan negeri bersikap tidak serius apabila menggunakan akta yang mengenakan hukuman ringan sedangkan pihak terbabit boleh didakwa di bawah tiga hingga lima undang-undang lain…










