JERANTUT – Seorang pekerja kedai makan terbunuh dalam kemalangan membabitkan sebuah motosikal dan lori berhampiran Kilang Sawit Felda Padang Piol, di sini hari ini. Dalam kejadian kira-kira pukul 1.00 tengah hari itu, Hasnah Che Ibrahim, 52, menunggang motosikal jenis Modenas Kriss CT 100 untuk pulang ke rumahnya di Kampung Gajah Mati, di sini. Mangsa dipercayai hendak melintas jalan sebelum dilanggar oleh sebuah lori tiga tan yang datang dari arah Kuala…










