WASHINGTON 12 Jan. – Beratus ribu kakitangan awam Amerika Syarikat (AS) ‘terlepas’ gaji pertama mereka tahun ini berikutan penutupan operasi kerajaan yang sudah memasuki hari ke-22.
Lapor BBC, kakitangan seperti pengawal penjara, pekerja lapangan terbang dan ejen Biro Siasatan Persekutuan (FBI) telah bekerja tanpa gaji.
Semalam, beberapa orang berkongsi slip gaji mereka yang kosong di media sosial.










