GEMBIRA. Pasukan Veteran UMNO Kepala Batas menewaskan Pasukan Veteran Pas Kepala Batas menerusi sepakan penalti 5-4 sempena perlawanan bola sepak persahabatan amal yang berlangsung di Padang Mini Kompleks Sukan Lahar Kepar, Kepala Batas, Pulau Pinang baru-baru ini.
Pengerusi perlawanan persahabatan, Abdullah Yaacob berkata, melalui aktiviti seperti ini, ia berjaya mengeratkan hubungan baik antara pemain bola sepak berkenaan.
Menurutnya, pelbagai aksi menarik dan luar biasa dapat disaksikan apabila pemain veteran mempamerkan kehebatan mereka bermain bola sepak.
Ahli Parlimen Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dan Ahli Dewan Undangan Negeri Penaga, Yusni Mat Piah turut hadir menyaksikan perlawanan bola sepak itu.










