Pas pastikan kemenangan BN - Utusan Malaysia

Pas pastikan kemenangan BN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIPIS 18 Jan. – Pas memberi jaminan akan menggerakkan semua penyokong dan ahli parti itu bagi membantu kemenangan calon Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands.

Timbalan Pre­siden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, parti itu akan turun di kedua-dua kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Tanah Rata dan Jelai bagi memastikan kemenangan BN.

“Kira-kira 800 ahli Pas akan turun beri sokongan dan bantu. Saya difahamkan Jawatankuasa Pas Pusat pun akan turun di samping Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

“Oleh itu, apa yang kita harapkan pengundi Pas akan keluar mengundi pada 26 Januari nanti bagi menyekat kemaraan PH,” katanya ketika ditemui pemberita di pasar pagi Kuala Medang di sini hari ini.

Dalam pada itu, Tuan Ibrahim berkata, rakyat tidak sepatutnya terpedaya dengan janji manis PH yang sehingga kini masih belum ditunaikan seperti pendidikan percuma dan hapus tol.

Tambahnya, ia sesuatu yang pelik kepada rakyat andai ada yang masih percaya dan terpedaya dengan janji mereka.

“Kalau rakyat boleh terima juga PH sedangkan manifesto sebelum ini pun mereka tidak tunai ini, ini sesuatu yang pelik.

“Sebab itu kita perlu tambah kerusi di Parlimen untuk memperkuatkan suara pembangkang,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN