SUDAH empat pilihan raya kecil (PRK) berlangsung sejak pilihan raya umum 9 Mei tahun lepas, kali ini barulah membabitkan kerusi Barisan Nasional (BN) di Cameron Highlands. Sebelum ini PRK Sungai Kandis, Seri Setia, Balakong dan Parlimen Port Dickson kesemuanya kerusi milik Pakatan Harapan (PH). Cuma mampukah BN mempertahankan kerusi tradisi MIC sejak 2004 itu? Kalau diikutkan, majoriti undi yang diraih MIC makin lama makin menyusut. Kerusi Parlimen Cameron Highlands diwujudkan…










