PUTRAJAYA – Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Prof Dr Noor Azizi Ismail, 50, dilantik sebagai Naib Canselor Universiti Malaysia Kelantan (UMK) baharu berkuat kuasa Isnin ini. Kementerian Pendidikan dalam satu kenyataan berkata, pelantikan Noor Azizi sebagai Naib Canselor UMK adalah selama empat tahun sehingga 2022. Menurutnya, Noor Azizi dilantik menggantikan Prof. Datuk Dr. Husaini Omar yang tempoh perkhidmatan beliau sebagai Naib Canselor berakhir esok. “Pelantikan Noor Azizi adalah berdasarkan kepakaran,…









