HAVANA 12 Jan. – Sekurang-kurangnya tujuh orang maut termasuk empat pelancong asing dalam nahas membabitkan sebuah bas di timur negara ini.
Lapor BBC, seramai 33 orang turut cedera dalam insiden itu.
Ketika kejadian, bas berkenaan dalam perjalanan dari Baracoa ke Havana sebelum ia terbabas berdekatan Guantanamo kelmarin.
Pemandu bas terbabit berkata dia memandu perlahan dan hilang kawalan ekoran jalan basah.
Namun beberapa saksi mendakwa pemandu tersebut cuba memotong kenderaan lain sebelum terbabas.










