NACP insiatif negara bebas rasuah dilancar - Utusan Malaysia

NACP insiatif negara bebas rasuah dilancar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 29 Jan.- Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini melancarkan Pelan Antirasuah Nasional (NACP) 2019-2023 yang merupakan salah satu inisiatif kerajaan dalam merealisasikan manifesto ke arah negara bebas rasuah dan berintegriti.

Bertemakan ‘Memecah Rantaian Rasuah’, NACP merupakan pelan khusus dalam tempoh lima tahun yang dibuat berdasarkan 22 strategi dalam memberi keutamaan enam sektor utama

Secara ringkasnya, pelan itu mengandungi 115 inisiatif anti rasuah merangkumi enam sektor iaitu politik,  perolehan awam, penguatkuasaan undang-undang, pentadbiran sektor awam, perundangan dan kehakiman serta tadbir urus korporat.

Pelan khusus itu dibangunkan bagi menetapkan sasaran praktikal berdasarkan inisiatif yang akan diambil oleh setiap agensi kerajaan dan swasta dalam menangani masalah rasuah, integriti dan tadbir urus untuk tempoh lima tahun akan datang.

NACP antara lain dibangunkan bagi menggantikan Pelan Integriti Nasional (PIN) seperti diputuskan oleh Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Anti Rasuah (JKKMAR) pada 8 Jun 2018. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN