MUMBAI 29 Jan. – Bermula dari filem hitam putih tanpa suara hingga ke ‘blockbuster’ berwarna-warni yang dipenuhi lagu dan tarian serta evolusi pawagam India boleh dilihat disebuah muzium baharu di rumah Bollywood.
Muzium filem nasional pertama India yang menelan kos sebanyak 1.4 bilion rupee (RM80.9 juta) boleh dilihat di banglo lima tingkat abad ke-19 di selatan Mumbai.
“Muzium ini akan menunjukkan kepada dunia pencapaian dunia perfileman India lebih 100 tahun lalu,” kata perunding kurator, Amrit Gangar.
Menurut Ketua Pengarah Jabatan Filem, Prashant Pathrabe, pengunjunh akan dibawa menyusuri perjalanan perfileman India dari filem senyap ke gelombang baru.
Muzium Perfileman Negara India(NMIC) yang dibiayai oleh kerajaan menawarkan tumpuan memorabilia, rakaman dan alat membuat filem serta skrin sentuhan interaktif di mana pengunjung boleh menonton klip dari filem yang tidak dapat dilupakan.
Pengunjung muzium juga dapat mengetahui mengenai filem penuh pertama India yang berjudul Dadasaheb Phalke arahan Raja Harishchandra pada 1913.
Mereka juga dapat melihat poster filem yang dilukis dengan tangan dan berswafoto di samping patung ikon Bollywood, Raj Kapoor. -AFP










