'Mungkin saudara Lim kuat ingatan atau lebih tinggi andaiannya' - Utusan Malaysia

‘Mungkin saudara Lim kuat ingatan atau lebih tinggi andaiannya’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 23 Jan.- Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menafikan dakwaan penasihat DAP, Lim Kit Siang mengenai hasratnya menjadi Perdana Menteri dengan jawapan yang menyindir.

Menerusi hantaran dalam laman Facebook beliau, Abdul Hadi menegaskan tidak pernah melobi untuk mendapatkan jawatan tersebut, malah Pas tidak pernah mencalonkan dirinya untuk menjadi Perdana Menteri.


“Seingat saya Pas tidak pernah mencalonkan diri untuk menjadi Perdana Menteri atau menggelarkan diri sebagai Perdana Menteri menanti.


“Mungkin saudara Lim (Kit Siang) lebih kuat ingatannya atau lebih tinggi andaiannya,” sindir beliau.


Semalam, Kit Siang mendakwa Abdul Hadi telah mendekati kepimpinan DAP bagi mendapatkan jawatan Perdana Menteri menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).


Tambah Kit Siang, Pas menganggapnya sebagai musuh kerana pada masa itu DAP menolak permintaan untuk mengangkat Hadi sebagai Perdana Menteri. – UTUSAN ONLINE –

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN