MR. DIY kini adakan jualan di Shopee - Utusan Malaysia

MR. DIY kini adakan jualan di Shopee

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – MR. D.I.Y. Trading Sdn. Bhd. (MR. D.I.Y) akan mengadakan jualan besar-besaran di laman Shopee bagi memperluas pengaruhnya dengan menjangkaui 16 juta jumlah pengguna platform itu pada 10 Jan, sebagai sebahagian usaha untuk berkembang serta memberi ganjaran secara berterusan kepada pelanggan.

MR. D.I.Y merekodkan peningkatan jumlah tempahan dalam talian yang tidak pernah dicatatkan sebelum ini, dengan sehingga 22 kali ganda di platform e-dagang tersebut, sejak melancarkan strategi e-dagang serta kedai rasmi dalam talian di Shopee.

Ketua Pemasaran MR. D.I.Y, Andy Chin berkata, perkongsian dengan Shopee membuahkan hasil positif, khususnya semasa kempen utama platform e-dagang tersebut, malah pihaknya berhasrat terus mencapai semua pengguna Shopee dan pelanggan MR. D.I.Y menerusi jualan ‘Super MR DIY Day’.

“Kami juga mahu pelanggan menikmati harga terbaik bagi barang keperluan, terutama menjelang sambutan Tahun Baharu Cina tidak lama lagi, untuk mereka membuat persiapan seperti membersihkan dan menceriakan kediaman untuk perhimpunan keluarga besar masing-masing.

“Tambahan pula, oleh kerana mereka sibuk membuat persiapan kemudahan menjadi penting dan kaedah terbaik adalah membeli-belah dalam talian dengan tempahan akan dihantar tanpa membuang masa dan mengkompromikan kualiti,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jualan ‘Super MR DIY Day’ kini berlangsung sehingga 6 Februari sempena sambutan Tahun Baharu Cina, dengan ganjaran, peraduan media sosial, tawaran dan diskaun terbaik yang menarik. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN