Menteri Besar Johor tidak ceroboh perairan Singapura - Tun Mahathir - Utusan Malaysia

Menteri Besar Johor tidak ceroboh perairan Singapura – Tun Mahathir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian berada di perairan neutral dan tidak menceroboh wilayah Singapura semasa lawatan ke atas kapal Malaysia pada 9 Januari lalu.

Mengakui lawatan Osman ke atas kapal pengawasan Malaysia di pelabuhan Johor itu tanpa kebenaran kerajaan persekutuan, Perdana Menteri berkata, beliau terkejut dengan reaksi berhubung perkara berkenaan.

“Maksud saya reaksi terhadap beliau (Osman) ke sana agak keterlaluan seolah-olah beliau pergi berperang. Maksud saya beliau cuma ke kapal, ke perairan neutral,” katanya menjawab soalan seorang hadirin selepas menyampaikan syarahan di Oxford Union yang disiarkan secara langsung oleh Astro Awani dari London awal hari ini.

Hadirin itu bagaimanapun menegaskan Osman telah menceroboh perairan wilayah Singapura namun Mahathir menegaskan kawasan tersebut adalah perairan antarabangsa.

“Ia bukan perairan Singapura, ia perairan antarabangsa dan menteri besar boleh pergi ke perairan antarabangsa tanpa memerlukan Singapura menghantar kapal perang untuk menghalau beliau,” katanya. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×