MELAKA 11 Jan. – Rakyat Melaka bakal berdepan dengan kenaikan kadar tarif air seperti diumumkan kerajaan Pusat baru-baru ini namun kenaikan itu tidak akan membebankan mereka. Ketua Menteri, Adly Zahari memberitahu, pihaknya memberi jaminan kenaikan itu yang pasti berlaku tidak akan membebankan rakyat terutama golongan keluarga berpendapatan rendah (B40). Beliau berkata, pihaknya akan mencari mekanisme dan kaedah terbaik untuk membantu golongan itu termasuk memperkenalkan insentif kepada kumpulan sasaran B40. “Selain itu, kerajaan negeri akan menawarkan formula insentif kepada isi rumah yang melakukan penjimatan penggunaan sumber air. “Dua kaedah yang dibincangkan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya