MUKAH: Pemandu kereta yang melanggar lari sebuah motosikal di Jalan Mukah-Balingian, berhampiran simpang Kampung Penipah di sini sehingga mengakibatkan kematian seorang kanak-kanak tampil menyerah diri kepada polis, semalam. Ketua Polis Daerah Mukah DSP Muhamad Rizal Alias berkata lelaki tempatan berusia 31 tahun itu ditahan semasa tampil membuat laporan di Balai Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Mukah pada pukul 2.30 petang semalam. “Turut dirampas sebuah kereta Perodua Alza untuk dijadikan…









