Media Prima Berhad laksana MSS kurangkan kakitangan - Utusan Malaysia

Media Prima Berhad laksana MSS kurangkan kakitangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 21 Jan. – Media Prima Berhad mengumumkan perancangan bagi mengurangkan bilangan kakitangannya di stesen televisyen miliknya melalui Skim Pemisahan Bersama (MSS) bagi pekerja di jabatan dan unit terpilih. 

Menurut laporan yang dipetik daripada portal The Malaysian Insight, syarikat itu sedang melakukan perbincangan dengan Kesatuan Sekerja Kakitangan Sistem Televisyen Malaysia Berhad (KSKSTMB) dan Kesatuan Eksekutif Sistem Televisyen Berhad (KESTMB). 

KSKSTMB dan KESTMB dalam kenyataan pada November tahun lalu menyelar tindakan pengurusan Media Prima Berhad atas arahan pemberhentian 190 pekerja teknikal Jabatan Kejuruteraan dan Prop.

Pengurusan syarikat itu turut berhasrat melaksanakan MSS secara paksa melibatkan 43 orang dari Jabatan Berita dan Perkhidmatan Pengurusan.  – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×