PUTRAJAYA 8 Jan. – Kementerian Kewangan mendesak MCA untuk memulangkan semula dana sebanyak RM16.5 juta yang didakwa diterima parti itu daripada kerajaan Barisan Nasional (BN) menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) kepada pihak 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Menterinya, Lim Guan Eng berkata, selain MCA, parti-parti lain yang dikatakan menerima dana daripada 1MDB turut digesa untuk berbuat demikian. Menurutnya, dana sebanyak itu secara jelas berasal daripada 1MDB meskipun kepimpinan MCA terdahulu…










