MB perlu bertindak ikut batas kuasa kerajaan negeri - Utusan Malaysia

MB perlu bertindak ikut batas kuasa kerajaan negeri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 18 Jan. – Menteri Besar, Datuk Osman Sapian diminta untuk bertindak mengikut batas kuasa kerajaan negeri dan tidak melanggar bidang kuasa kerajaan Pusat khususnya membabitkan lawatan beliau ke kapal MV Pedoman di sempadan perairan negara.

Ahli Jawatankuasa Keselamatan, Undang-Undang, Integriti & Antarabangsa, Dewan Muda Johor, Mohd. Faiz Mohd. Silvano berkata, Osman perlu lebih prihatin terhadap implikasi tindakan beliau.

“Lawatan itu dibuat sehari selepas pertemuan pemimpin Pusat kedua-dua negara dan tindakan itu mampu merencatkan perkembangan positif antara kedua-kedua pihak.

“Malahan, kenyataan Osman bahawa dia telah mendapat kebenaran daripada kerajaan pusat juga bercanggah apabila Wisma Putra mengeluarkan kenyataan menafikan perkara tersebut,” katanya.

Dia berkata demikian dalam satu kenyataan di sini sebentar tadi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN