Mazlan Pengarah JSJK baharu - Ketua Polis Negara - Utusan Malaysia

Mazlan Pengarah JSJK baharu – Ketua Polis Negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Datuk Mazlan Mansor hari ini dilantik menjadi Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman yang baharu berkuatkuasa serta-merta.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, pelantikan bekas Ketua Polis Selangor itu adalah untuk menggantikan Datuk Saiful Azly Kamaruddin yang memangku jawatan berkenaan sebelum ini.

Beliau berkata, Mazlan seorang yang berpengetahuan luas dan berpengalaman ketika menerajui polis kontinjen Selangor dan beliau masih meneruskan tugas-tugas sebagai Ketua Polis Selangor sehingga menemui pengganti baharu jawatan terdahulu beliau.

“Berdasarkan pengalaman beliau yang pernah menjawat jawatan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Perak pada tahun 2005 lepas, saya amat pasti beliau (Mazlan) bersedia dengan agenda transformasi JSJK tersendiri,” katanya selepas hadir majlis serah terima tugas pemakaian pangkat pegawai kanan polis dan penganugerahan pingat Jasa Pahlawan Negara di Pusat Latihan Polis di sini hari ini.

Turut dilantik pada hari yang sama adalah Datuk Abd Rahim Jaafar sebagai Pengarah Pengurusan Bukit Aman yang baharu berkuatkuasa serta-merta. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×