Mayat wanita Indonesia ditemui berbungkus di dalam selimut, tilam - Utusan Malaysia

Mayat wanita Indonesia ditemui berbungkus di dalam selimut, tilam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR GAJAH – Mayat seorang wanita warga Indonesia ditemui berbungkus di dalam selimut dan tilam berhampiran sebuah ladang getah di Kampung Kemuning Hutan Percha di sini hari ini.

Mayat Ani Ekasari, 45, dari Bandung, Indonesia dijumpai dalam keadaan lengkap berpakaian oleh penyelia ladang berkenaan kira-kira pukul 11.45 pagi. 

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan A. Asmadi Abdul Aziz berkata, pemeriksaan pada mayat tersebut menemui pas pengenalan diri dan dokumen perubatan dipercayai milik mangsa.

“Pemeriksaan awal bersama pasukan forensik bagaimanapun mendapati tiada unsur jenayah pada mayat.

“Pemeriksaan dengan pihak Jabatan Imigresen negeri dan kedutaan sedang diusahakan bagi pengesahan identiti serta waris simati,” katanya ketika dihubungi sebentar tadi. 

Katanya, orang ramai yang mengenali mangsa turut diminta tampil ke balai polis terdekat bagi membantu siasatan. 

“Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Melaka untuk bedah siasat dan kes diklasifikasi sebagai mati mengejut,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN