ALOR GAJAH 30 Jan. – Seorang penyelia ladang terkejut selepas menemukan mayat seorang wanita warga Indonesia yang dibungkus menggunakan selimut dan tilam berhampiran sebuah ladang getah di Kampung Kemuning, Hutan Percha di sini hari ini. Mayat mangsa, Ani Ekasari, 45, berasal dari Bandung, Indonesia ditemukan dalam keadaan lengkap berpakaian oleh penyelia terbabit kira-kira pukul 11.45 pagi. Ketua Polis Daerah, Superintenden A. Asmadi Abdul Aziz berkata, selepas diperiksa, pihaknya menemukan sekeping…










