Mata wang kripto masih dalam pertimbangan - Utusan Malaysia

Mata wang kripto masih dalam pertimbangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Kerajaan masih belum membuat keputusan muktamad berhubung penggunaan mata wang kripto, mata wang digital, sama ada ia sah atau tidak untuk dilaksanakan di negara ini.

Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad berkata, ia belum jelas kerana masih dalam pertimbangan.

“Ada orang tanya saya sama ada ia sah atau tidak, sama ada sah atau tidak sah itu jawapannya. Ia masih dalam keadaan yang tidak jelas.

“Memang saya terbabit dengan pelancaran Harapan Coin, tapi malangnya saya bukan Menteri Kewangan, tetapi Menteri Wilayah Persekutuan, maka ia bukan di bawah bidang kuasa saya tak bolehlah saya nak tekan sangat (perkara ini),” katanya sewaktu berucap merasmikan Majlis Minum Petang dan Program Amal Penyerahan Bantuan Sumbangan Persekolahan Fasa Kelima (2019) anjuran Pertubuhan Kebajikan Insaniah Srikandi Malaysia (Srikandi Malaysia) di sini hari ini.

Khalid mengulas kejayaan penganjur bersama program minum petang berkenaan, Blockchains.My kerana berani memperkenalkan teknologi baru itu.

Khalid pernah mencadangkan mata wang kripto, Harapan Coin, kepada Bank Negara Malaysia dan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, untuk transaksi kerajaan.

Beliau mencadangkan penggunaan mata wang digital itu kerana ia adalah teknologi baru. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN