Masyarakat Orang Asli ada hak sama rata - Utusan Malaysia

Masyarakat Orang Asli ada hak sama rata

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator P. Waytha Moorthy menegaskan bahawa masyarakat Orang Asli mempunyai hak sama rata di mata undang-undang kerana nenek moyang mereka adalah penduduk asal pertama di negara ini.

Katanya, kedudukan istimewa masyarakat Orang Asli diiktiraf Mahkamah Tinggi malah termaktub di bawah Perkara 8(5)(c) Perlembagaan Persekutuan.

“Kerajaan Persekutuan bertanggungjawab untuk melindungi masyarakat pribumi ini di mana kebajikan Orang Asli terletak di bawah tanggungjawab dan kuasa Kerajaan Persekutuan berbeza daripada kerajaan negeri (Jadual Kesembilan, Senarai Persekutuan No 16 Perlembagaan Persekutuan),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, hak-hak adat yang dinikmati Orang Asli sebagai penduduk pertama di Semenanjung Malaysia terus wujud dan tidak boleh dipadamkan dengan mendakwa ia menjadi tanah negeri, penciptaan tanah rizab atau dalam hal ini, pemberian pajakan atau lesen kepada pihak ketiga atas alasan tanah berkenaan dimiliki kerajaan negeri.

Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan menyentuh tentang kesamarataan dan menurut sub (5) (c) menyatakan perkara ini tidak menidaksahkan atau melarang apa-apa peruntukan bagi perlindungan, kesentosaan atau kemajuan orang Asli Semenanjung Tanah Melayu (termasuk perizaban tanah) atau perizaban bagi orang Asli suatu perkadaran yang munasabah daripada jawatan-jawatan yang sesuai dalam perkhidmatan awam. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN