MADHYA PRADESH 11 Jan. – Seorang kanak-kanak berusia lapan tahun dari Pati, India cukup bernasib baik apabila masih hidup meskipun dadanya tertusuk batang pokok, semalam.
Times of India melaporkan, Suresh Sakaram terselamat apabila batang pokok itu tertusuk hanya beberapa milimeter dari jantungnya.
Meskipun paru-paru dan tulang rusuk mangsa cedera, namun doktor yakin kanak-kanak itu akan pulih sepenuhnya selepas menjalani pembedahan. -AGENSI










