Masalah kecederaan Arsenal semakin serius - Utusan Malaysia

Masalah kecederaan Arsenal semakin serius

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 26 Jan. – Arsenal berdepan krisis kecederaan selepas kapten, Laurent Koscielny dikhuatiri retak tulang rahang, manakala, Sokratis dipalit masalah buku lali ketika tewas kepada Manchester United, hari ini.

Kekalahan 1-3 pada pusingan keempat Piala FA itu menyaksikan Gunners hanya mempunyai seorang pertahanan tengah yang cergas sepenuhnya.

Skuad kendalian Unai Emery tersebut bergelut dengan masalah benteng pertahanan sebelum perlawanan lagi, apabila kecederaan lutut yang serius memaksa dua pertahanannya, Rob Holding dan Hector Bellerin berehat hingga hujung musim ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ketika ditanya mengenai situasi itu, Emery berkata: “Saya fikir ia bukan masalah yang besar untuk Sokratis, ia berkaitan buku lali dan Laurent Koscielny akan pergi ke hospital untuk menjalani ujian. Mungkin ada sesuatu yang patah. Saya harap ia tidak, tapi kami perlu tunggu.”

Emery juga mendakwa masalah kecederaan itu menyumbang kekalahan pasukannya kepada United yang kini sudah menang lapan perlawanan berturut-turut di bawah kendalian jurulatih sementara, Ole Gunnar Solskjaer.

Dalam aksi di Stadium Emirates itu, pelawat memperoleh kelebihan dua gol berpunca daripada bekas pemain Arsenal, Alexis Sanchez dan Jesse Lingard sebelum Pierre-Emerick Aubameyang merapatkan jurang sebelum rehat.

“Pada kedudukan 1-2 saya fikir kami masih boleh berjuang dengan kemungkinan untuk seri atau meraih kemenangan. Tapi saya fikir disebabkan kecederaan ini, terutama sekali kecederaan kedua buat Koscielny, ia jelas memberi kesan,” jelas Emery.

Pemain gantian United, Anthony Martial melengkapkan gol kemenangan lewat perlawanan menerusi serangan balas pantas. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×