CAMERON HIGHLANDS 26 Jan. – Calon Pakatan Harapan (PH), M. Manogaran menerima kekalahannya dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands hari ini. Menurutnya, beliau tetap positif walaupun kalah sebanyak tiga kali termasuk dalam dua dalam Pilihan Raya Umum di Parlimen Cameron Highlands sebelum ini. Katanya, beliau akan terus bekerja dan berkhidmat kepada masyarakat bagi kedua-dua kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanah Rata dan Jelai. “Saya akan memberi komitmen sepenuhnya untuk bekerjama bersama kerajaan Pusat dalam aspek pembangunan seperti yang kita janjikan sebelum ini. “Terima kasih diucapkan kepada semua pengundi…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya