Ahli perniagaan rugi RM1.4juta terjerat pelaburan palsu

Ahli perniagaan rugi RM1.4 juta terjerat pelaburan palsu

POLIS DIRAJA MALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Seorang ahli perniagaan kerugian sebanyak RM1.4 juta selepas menjadi mangsa skim pelaburan dalam talian yang dijalankan melalui aplikasi mudah alih dikenali sebagai CDT MAX.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Abdul Malik Hasim berkata, mangsa seorang lelaki berusia awal 50-an itu membuat laporan di Balai Polis Pantai pada pukul 4.22 petang semalam selepas menyedari dirinya telah ditipu.

“Difahamkan, mangsa mula berurusan dengan suspek pada 29 April lalu, selepas tertarik dengan tawaran keuntungan pelaburan yang tinggi.

“Mangsa telah memuat turun aplikasi tersebut dan kemudian memindahkan wang berjumlah RM1,449,750 ke dalam tujuh akaun bank berbeza melalui 15 transaksi bagi tujuan pelaburan.

“Mangsa mula curiga selepas diminta untuk membuat bayaran tambahan bagi mengeluarkan keuntungan yang dijanjikan sebelum akhirnya menyedari dirinya telah ditipu,” katanya.

Abdul Malik berkata, siasatan telah dijalankan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan menipu.

“Siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti dan mengesan suspek yang terlibat dalam kes ini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN