KUALA LUMPUR – Langkah beregu campuran profesional negara, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying pada kejohanan badminton Malaysia Masters terhenti di separuh akhir selepas tewas 15-21, 21-7, 14-21 kepada beregu Jepun, Yuta Watanabe-Arisa Higashino.
Pada aksi yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil hari ini, Peng Soon-Liu Ying dilihat banyak melakukan kesilapan sehingga memberi mata percuma kepada pasukan lawan.
Liu Ying mengakui penat serta hilang fokus menjadi punca kekalahan, sekali gus meleburkan harapan meraih gelaran kedua musim ini.
“Saya akui bermain kurang baik pada hari ini. Kami gagal memberikan fokus sepenuhnya sehingga menyebabkan mereka mendapat banyak mata percuma,” katanya selepas tamat perlawanan. – K! ONLINE










