KUALA LUMPUR – Pemenang pingat gangsa Kejohanan Badminton Dunia 2018, He Bingjiao menjadi mangsa terbaharu pemain perseorangan wanita negara, Goh Jin Wei pada kejohanan Malaysia Masters di Axiata Arena, Bukit Jalil. Jin Wei menyingkirkan pemain China itu di peringkat suku akhir sebentar tadi selepas menang mudah 21-15, 21-16 dalam tempoh 39 minit. Kata Jin Wei, aksi terburu-buru yang ditampilkan Bingjiao nyata memberi kelebihan buatnya apabila banyak mengutip mata percuma hasil…










