Malaysia Masters: Ee Yi-Yew Sin kejutkan beregu No.3 dunia - Utusan Malaysia

Malaysia Masters: Ee Yi-Yew Sin kejutkan beregu No.3 dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Beregu lelaki negara, Teo Ee Yi-Ong Yew Sin melakar kejutan apabila menang 21-19, 21-16 ke atas wakil Jepun, Takeshi Kamura-Keigo Sonoda pada suku akhir kejohanan badminton Malaysia Masters di Axiata Arena, Bukit Jalil hari ini.

Meskipun berdepan beregu No.3 dunia, namun Ee Yi-Yew Sin menunjukkan semangat juang tinggi apabila mudah mengetepikan cabaran wakil Jepun itu menerusi kemenangan straight set.

Yew Sin mengakui mereka tidak berdepan sebarang tekanan berdepan Kamura-Sonoda memandangkan pernah mencatat kemenangan ke atas beregu Jepun itu pada Sukan Asia 2018.

“Sebenarnya kita tidak berdepan tekanan kerana sebelum ini pun pernah menang ke atas mereka, jadi satu kemenangan yang berharga di laman sendiri,” katanya ketika ditemui selepas tamat perlawanan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN