Malaysia Masters: Daren singkir pemain No.2 dunia - Utusan Malaysia

Malaysia Masters: Daren singkir pemain No.2 dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Pemain perseorangan lelaki profesional negara, Liew Daren mengulangi pencapaian tahun lalu apabila melangkah ke separuh akhir kejohanan badminton Malaysia Masters.

Daren membenam cabaran pemain No.2 dunia dari China, Shi Yuqi pada aksi suku akhir hari ini menerusi kemenangan 21-12, 16-21, 21-11.

Meskipun turun sebagai pemain bukan pilihan, namun pemain yang berada pada ranking ke-31 dunia itu berjaya menampilkan aksi luar biasa, sekali gus menyingkirkan pemenang Jelajah Dunia Akhir 2018 tersebut.

“Saya akui ia merupakan satu perlawanan yang sukar, lebih-lebih lagi perlu bijak mengawal gelanggang dengan pergerakan angin yang agak kuat. Saya gembira dengan kemenangan ini,” ujar Daren selepas tamat perlawanan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×