Maknyah pukul wanita sama lelaki pukul wanita - Mufti Perlis - Utusan Malaysia

Maknyah pukul wanita sama lelaki pukul wanita – Mufti Perlis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 29 Jan. – Maknyah pukul wanita perlu dianggap sebagai lelaki yang memukul wanita!

Itu penegasan Mufti Perlis Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin. Justeru beliau berkata, jika masyarakat melihat seorang maknyah memukul wanita mereka perlu bertindak seperti mana melihat lelaki memukul wanita.

Menurut Dr. Mohd. Asri , dalam Islam jantina bidah yang dinamakan ‘maknyah’ atau ‘saudarai’ tidak dibenarkan berleluasa.

Ini kerana dikhuatiri atas nama jantina palsu tersebut, maka ramai lelaki boleh mengambil kesempatan menzalimi wanita.

“Masyarakat pula tidak akan sensitif apabila melihat maknyah menzalimi wanita seperti sensitifnya mereka apabila mereka melihat lelaki memukul wanita.

“Masyarakat hanya akan kata ‘maknyah’ pukul perempuan. Padahal hakikatnya lelaki memukul perempuan. Memperagakan pakaian perempuan dan bergaya seperti perempuan tidak mengubah hakikat mereka itu lelaki!” kata Dr. Mohd. Asri .

Dr. Mohd. Asri berkata, jika masyarakat tidak menangani kewujudan golongan terkenaan akan banyak banyak hak wanita bahkan hak lelaki yang akan dicerobohi.

“Maka jika melihat maknyah memukul perempuan bertindaklah seperti mana kita melihat lelaki memukul perempuan. Jangan dikelirukan oleh penampilan yang palsu,” kata Dr. Mohd. Asri.

Sebelum ini tular di media sosial, video seorang individu mendakwa telah diserang dan ditampar oleh beberapa orang maknyah sehingga berlaku pergelutan pada Sabtu lalu.

Kejadian malang yang menimpa mangsa yang bekerja sebagai perunding kecantikan itu didakwa berlaku di sebuah farmasi di pusat beli belah di Kuala Lumpur.- UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN