Mahkamah di 6 bandar raya Jerman dikosong, dipindah ekoran ancaman bom - Utusan Malaysia

Mahkamah di 6 bandar raya Jerman dikosong, dipindah ekoran ancaman bom

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BERLIN 11 Jan. – Mahkamah-mahkamah di enam bandar raya utama di Jerman terpaksa dikosong dan dipindahkan serta merta hari ini selepas menerima ancaman bom di bangunan berkenaan.

Enam bandar raya yang terlibat adalah termasuk timur Potsdam, barat Wiesbaden, Magdeburg, Erfurt, utara Kiel dan Saarbruecken.

Polis turut dilaporkan menemui bungkusan misteri di beberapa mahkamah terbabit.

Reuters yang memetik akhbar Hannoversche Allgemeine Zeitung melaporkan, bangunan tersebut bagaimanapun dibuka kepada orang ramai selepas bangunan itu disahkan selamat. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN