MAHB bakal naik taraf prasarana komunikasi KLIA - Utusan Malaysia

MAHB bakal naik taraf prasarana komunikasi KLIA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Malaysia Airports Holdings Bhd. (MAHB) akan menaik taraf prasarana komunikasinya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bagi tempoh tiga bulan akan datang bermula hari ini.

MAHB berkata, proses naik taraf itu bertujuan m­eningkatkan pengalaman lapa­ngan terbang di KLIA dan menambah baik keseluruhan liputan dan kapasiti rangkaian selular di lapangan terbang itu.

“Ia juga bakal menyediakan keperluan pendigitalan masa depan seperti inisiatif Lapangan Terbang 4.0, ekosistem e-dagang dan pembangunan Aeropolis,” katanya dalam ke­nyataan yang dikeluarkan di sini semalam.

MAHB menjelaskan, dalam tempoh naik taraf itu, orang ramai yang berada di lapangan terbang mungkin mengalami gangguan terputus-putus dari segi penerimaan dan kelajuan perkhidmatan selular dan talian pajak dalam terminal penum­pang dan juga kargo.

“MAHB telah menyediakan beberapa pelan mitigasi bagi memastikan peralihan yang lancar. Antara langkah tersebut termasuklah menempatkan telefon talian tetap di kaunter maklumat bagi kemudahan pengguna lapangan terbang, serta memastikan kekuatan sambungan perkhidmatan WiFi percuma lapangan terbang untuk membolehkan pengguna berkomunikasi menerusi panggilan data dalam aplikasi mudah alih seperti WhatsApp dan Messenger.

“Duta CARE lapangan terbang juga akan ditempatkan bagi membantu penumpang yang mungkin memerlukan bantuan,” kata syarikat itu. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN