JOHOR BAHRU 7 Jan. – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dijadualkan menghadap Sultan Ibrahim Sultan Iskandar di Istana Bukit Serene, di sini Khamis ini. Sultan Johor berkenan untuk menerima Mahathir mengadap dan ini merupakan yang pertama kali sejak menjadi Perdana Menteri selepas Pilihan Raya Umum ke-14. Menurut sumber, pertemuan itu antara Sultan Johor akan turut disertai isterinya, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali. “Sememangnya ada dalam jadual Sultan Ibrahim…










